Monday, July 30, 2007

Cadangan Projek

"Bunga Raya Kebanggaan Malaysia”

Fasa 1

Matlamat Projek
  • Menyahut seruan yang amat berhormat Perdana Menteri yang menggalakkan penanaman Bunga Raya di persekitaran rumah.
  • Memupuk kesedaran semula mengenai Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan.
  • Menyebarkan maklumat mengenai hubung kait Bunga Raya dengan Rukun Negara.
  • Menggalakkan komuniti menanam Bunga Kebangsaan sebagai tanaman hiasan.
  • Berkerjasama dengan pihak “NGO” dalam melaksanakan projek.
Sturktur Projek

  • Mengedarkan soal selidik mengenai murid-murid terhadap simbol Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan.
  • Memberikan tugasan kepada murid berkenaan Bunga Raya.
  • Berkerjasama dengan pihak “NGO” dalam penanaman benih-benih pokok Bunga Raya bermula di bangunan-bangunan kerajaan ( sekolah, klinik, dewan, balai raya dan masjid) serta rumah-rumah komuniti atau penduduk setempat.

  • Melukis mural Bunga Raya dan kaitannya dengan Rukun Negara.

  • Membina persembahan multimedia mengenai Bunga Raya.

Bajet

  • Cat (merah, putih, hijau, kuning) - RM 100.00
  • Benih Bunga Raya - RM 750.00
  • Sijil - RM 40.00
  • Peralatan (gotong-royong) - RM 110.00
  • JUMLAH - RM 1000.00
Jangkaan Hasil Projek

  • Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan.
  • Menambahkan keindahan dan keceriaan kawasan komuniti dengan Bunga Kebangsaan.